Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Warga emas dalang bawa masuk PATI di daerah Batu Pahat ditahan


Tarikh kemaskini: 08/07/2019





BATU PAHAT, 8 Julai (Bernama) -- Seorang warga emas dipercayai menjadi dalang kepada satu sindiket membawa masuk dan keluar pendatang asing tanpa izin (PATI) di perairan daerah ini, akhirnya ditahan polis setelah intipan dan siasatan dilakukan semenjak tahun 2017.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Azhan Abdul Halim berkata lelaki berusia 60 tahun itu yang merupakan warganegara Indonesia, telah ditahan pada Jumaat lalu, di Jalan Syahbandar, di sini.

Katanya, kejayaan berkenan merupakan hasil siasatan berterusan pihaknya yang dijalankan terhadap sindiket pemerdagangan orang yang pernah ditumpaskan sebelum ini.

“Pihak polis percaya dengan tertangkapnya suspek ini, satu sindiket penyeludupan migran yang aktif di daerah ini telah berjaya ditumpaskan, selain melalui siasatan juga telah mendapati suspek berperanan sebagai 'tekong laut' dalam sindiket ini.

“Terdahulu melalui kumpulan yang sama pihak polis berjaya melakukan tujuh siri tangkapan, tetapi ‘dalangnya’ terlepas, namun pada kali ini (Jumaat) suspek berjaya juga diberkas akhirnya,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Azhan, lelaki berkenaan telah ditahan di Jalan Syahbandar itu, akan disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Katanya, jika sabit kesalahan suspek berkenaan boleh dijatuhi hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan boleh didenda atau kedua-duanya sekali.

“Kini pihak kami sedang memburu saki baki ahli kumpulan ini, selain meminta orang ramai terutamanya mereka yang tinggal di pesisiran pantai atau nelayan diingatkan tidak terlibat dengan sebarang bentuk kegiatan membawa masuk dan keluar PATI,” kata beliau. 

Dalam masa yang sama, polis di daerah ini juga mengingatkan kepada orang ramai agar dapat memberikan maklumat sebarang bentuk jenayah dengan menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, iaitu 07-4343 999, katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Henry Golding tersenarai dalam Time 100 Next

 
     

Produk plastik satu daripada industri paling rancak di Malaysia - Dr Ong

 
     

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel