Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Rex Kayak School juara keseluruhan Festival Sungai Kampar 2019


Tarikh kemaskini: 07/07/2019





GOPENG, 7 Julai (Bernama) -- Pasukan 'Rex Kayak School' muncul juara keseluruhan Festival Sungai Kampar (Kampar River Festival) 2019 yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lepas di Dataran Jahang di sini. 

Kejayaan itu terhasil selepas pasukan yang dianggotai Mohd Firdaus Zulkifle, Agus Gunawan, Muhammad Amerul Aqmil, Wan Muhd Firdaus Wan Osman dan Erwan Saimsonson Saimudin dari Sabah mengungguli kategori kayak 'down river', 'rafting race down river' serta kayak 'race overall' secara individu. 

Ketua pasukan, Mohd Firdaus Zulkifle, 35, berkata, beliau amat gembira kerana meraih kejuaraan itu selepas hampir lima bulan membuat persiapan rapi sebelum kejohanan berlangsung. 

"Kami pada mulanya memang tidak jangka menang sebab banyak pasukan yang bagus dan mempunyai kredibiliti untuk menang. 

"Namun, dengan semangat berpasukan yang tinggi selain sentiasa memberi semangat antara satu sama lain menjadi kunci utama kejayaan ini," katanya. 

Mohd Firdaus berkata, kejuaraan itu juga akan dijadikan tonik tambahan untuk dirinya dan rakan sepasukan mengharungi cabaran pada kejohanan sukan arus deras di Sungai Asahan, Indonesia pada Oktober ini. 

Sementara itu, penganjur kejohanan, Mohd Hasrol Kamis@Mahmud berkata, beliau merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri dan semua pihak terlibat yang bersama dalam menjayakan penganjuran sukan arus deras itu yang pertama dalam negara. 

Beliau turut berharap dengan kejayaan penganjuran itu, ia boleh dijadikan platform oleh pelbagai pihak untuk mempopularkan sukan itu di negara ini. 

"Saya juga yakin jika lebih banyak penganjuran sukan ini, ia akan menarik minat masyarakat khususnya golongan belia untuk menyertainya," katanya. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan akan kaji penggunaan alat permainan yang mampu asah minda kanak-kanak

 
     

FAMA rancang bangunkan tanah wakaf dengan tanaman durian

 
     

Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut belum siap sepenuhnya - Chow

 
     

Geran usahawan hanya untuk yang benar-benar layak - Mohd Redzuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel