Y7-SKIWASVg Kematian wanita berpunca masalah jantung, bukan insiden pencemaran di Pasir Gudang
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kematian wanita berpunca masalah jantung, bukan insiden pencemaran di Pasir Gudang


Tarikh kemaskini: 07/07/2019





KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Kementerian Kesihatan hari ini menegaskan bahawa punca kematian seorang wanita yang dilaporkan meninggal dunia di Johor Bahru adalah berpunca daripada  masalah jantung dan bukannya insiden pencemaran di Pasir Gudang, Johor.

Menterinya, Datuk Seri  Dr Dzulkefly Ahmad berkata wanita itu penghidap penyakit kronik terutama penyakit hipertensi (darah tinggi) selama 10 tahun itu dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail Johor Bahru pada 5 Julai kerana mengalami kesukaran bernafas, batuk selama tiga hari, bengkak di bahagian kaki dan demam selama sehari.

"Berdasarkan presentasi klinikal, gejala yang dialami serta hasil pemeriksaan berkaitan menunjukkan beliau mengalami kegagalan jantung dan fungsi jantung yang merudum akibat masalah kesihatan yang kronik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya lagi, pemeriksaan mendapati arwah berada dalam keadaan akut iaitu tekanan darah dan kadar pernafasan yang tinggi (sesak nafas).

Kenyataan itu merujuk mengenai isu tular dalam media sosial semalam yang melaporkan "masalah sesak nafas beberapa hari lepas akibat pencemaran udara membawa kepada terkorbannya seorang ibu".

"Pasukan perubatan berusaha sedaya upaya merawat arwah namun keadaan kesihatan beliau semakin serius sehingga disahkan meninggal dunia pada 6 Julai yang diklasifikasikan sebagai ‘decompensated heart failure.

“Semakan laporan sedia ada di Hospital Sultan Ismail mendapati bahawa tiada rekod melaporkan arwah pernah mendapatkan rawatan semasa kejadian di Sungai Kim Kim atau sejak 20 Jun lepas (iaitu apabila terdapat laporan kejadian pelajar sekolah sesak nafas di Pasir Gudang),” kata Dzulkefly.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan mengucapkan takziah kepada suami arwah serta ahli keluarga  selain bersedia berjumpa bagi menjelaskan semula punca kematian.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan pihak media dan orang ramai agar menghormati perasaan ahli keluarga arwah serta mengelak menyebarkan maklumat tidak sahih dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

KYP Advanced Skills dialukan dalam penubuhan De' Royal Azizah Culinary School

 
     

Pindaan kaedah ujian memandu untuk laksanakan e-testing - Loke

 
     

Kejayaan sesuatu penyampaian diukur kepuasan pelanggan - Aminuddin

 
     

Pasukan bola sepak Sabah, peserta Unduk Ngadau sertai perarakan Hari Kebangsaan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel