Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lima individu ditahan kerana edar heroin di Batu Pahat


Tarikh kemaskini: 07/07/2019





BATU PAHAT, 7 Julai (Bernama) -- Polis menahan tiga lelaki dan dua wanita tempatan di sini pada Rabu (3 Julai) kerana didapati terlibat dalam kes pengedaran dadah jenis heroin.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Azhan Abdul Halim berkata empat daripada mereka ditahan dalam pemeriksaan ke atas dua buah kereta di Jalan Bongsu, Parit Sulong kira-kira 10.30 pagi manakala seorang lagi diberkas di Kampung Parit Laman, beberapa jam kemudiannya.

Katanya dalam tangkapan pertama, polis menemukan dadah seberat 4.5 kilogram yang dibungkus dalam 10 bungkusan plastik manakala tangkapan kedua tiada menemui dadah.

“Hasil siasatan, dadah bernilai RM63,000 dan boleh menampung kegunaan seramai 6,000 penagih,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, hari ini.

Azhan berkata ujian air kencing yang dijalankan terhadap suspek mendapati empat daripadanya positif dadah. Tiga daripadanya juga mempunyai rekod kesalahan lampau.

“Dengan tertangkapnya kumpulan yang dipercayai aktif selama enam bulan ini, pihak polis percaya telah berjaya mematahkan satu kumpulan pengedaran dadah antara yang terbesar di daerah ini.

“Namun siasatan lanjut akan dijalankan bagi melihat kemungkinan terdapat saki-baki ahli kumpulan,” katanya.

Beliau berkata semua suspek berusia antara 30 hingga 40 tahun dan berniaga sendiri itu kini ditahan reman sehingga Rabu (10 Julai) untuk siasatan di bawah Seksyen 39b, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel