Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kelantan jamin keselamatan pengunjung Program Jelajah Zakir Naik


Tarikh kemaskini: 07/07/2019





KOTA BHARU, 7 Julai (Bernama) -- Kerajaan Kelantan akan memastikan keselamatan pengunjung di Program Jelajah Dakwah Kelantan Dr Zakir Naik yang akan diadakan pada 7 hingga 10 Ogos depan terjamin.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi negeri Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berhubung penganjuran program tersebut sebelum ini.

"Kami maklum pendakwah yang kami jemput itu seorang yang terkenal. Pastinya kami akan mengutamakan aspek keselamatan semua pihak termasuk pengunjung.

“Pihak polis telah memberi persetujuan untuk memastikan aspek keselamatan semua pihak akan diutamakan dan kami harap program akan berjalan lancar seperti yang dirancang," katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri pengarah projek berkenaan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi di sini, hari ini.

Antara program yang akan diadakan termasuk Bicara Anak Muda, Bicara Eksekutif, Khutbah Jumaat, Bicara Muslimah, Penghayatan Hari Wukuf dan program kemuncak, Pidato Perdana Penyatuan Ummah.

Mohamed Fadzli berkata kira-kira 100,000 pengunjung dijangka hadir pada program kemuncak yang akan berlangsung pada  9 Ogos bertempat di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini, yang akan bermula pada 5 petang sehingga 11.45 malam.

"Kami bawa Zakir ke Kelantan dengan satu semangat bahawa dakwah yang dibawa oleh beliau menunjukkan keistimewaan, keindahan, kecantikan, keharmonian dan toleransi yang dibawa oleh Islam yang sebenarnya dan ia sesuai dengan Kelantan sebagai sebuah negeri yang membangun bersama Islam," katanya.

Katanya program tersebut juga sebagai menzahirkan solidariti rakyat Kelantan terhadap Zakir sekali gus menyokong pendirian Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilaporkan berkata kerajaan tidak akan mengekstradisi pendakwah itu ke India.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel