Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua lagi Orang Asli dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu


Tarikh kemaskini: 07/07/2019





KUALA TERENGGANU, 7 Julai (Bernama) -- Dua lagi Orang Asli dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu di Kuala Berang pada Jumaat, kata Pengarah Kesihatan Negeri Dr Mohd Jusoh. 

Beliau berkata dua pesakit yang berasal dari Kampung Sungai Berua itu ialah seorang lelaki berusia 23 tahun dan anaknya, bayi lelaki berusia empat bulan.

"Kedua-dua mereka mempunyai sejarah sentuhan dengan seorang lagi pesakit Orang Asli yang disahkan positif campak sebelum ini.

"Dua beranak ini datang sendiri ke Hospital Hulu Terengganu untuk mendapatkan rawatan setelah mengalami demam, batuk dan selesema. Keadaan mereka dilapor stabil," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Orang Asli yang sedang mendapatkan rawatan di hospital itu seramai tujuh orang iaitu lima perempuan dan dua lelaki.

Terengganu mempunyai empat perkampungan Orang Asli di tiga daerah iaitu dua di Hulu Terengganu manakala yang lain di Besut dan Kemaman.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel