Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jumlah mangsa banjir di Melaka meningkat kepada 745 orang


Tarikh kemaskini: 07/07/2019





MELAKA, 7 Julai (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir kilat di Melaka setakat pukul 2.00 petang ini meningkat kepada 745 orang melibatkan 150 keluarga berbanding 141 orang daripada 18 buah keluarga pagi ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata enam buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka.

“Enam buah PPS itu ialah PPS Balai Raya Bukit Balai mencatat perpindahan 34 mangsa daripada tujuh keluarga, PPS Masjid Al-Rasyidin (166 orang daripada 39 keluarga), PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan (118 orang daripada 33 keluarga).

“PPS Sekolah Kebangsaan Belimbing Dalam (50 orang daripada 10 keluarga), PPS Balai Raya Kampung Beringin (90 orang daripada 15 keluarga), PPS Sungai Tuang (Sembilan orang daripada dua keluarga),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau, yang juga Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka, berkata dua PPS mencatat peningkatan bilangan mangsa di PPS Balai Raya Panchor kepada 117 orang berbanding 81 pelajar dan staf pusat tahfiz pagi ini.

Pertambahan di PPS itu berlaku apabila 81 orang mangsa daripada dua keluarga telah dipindahkan ke PPS itu.

Effendy berkata, jumlah mangsa banjir PPS Balai Raya Gadek turut mengalami peningkatan kepada 66 orang daripada 17 keluarga berbanding 14 orang daripada tujuh keluarga dilaporkan pagi ini.

Jumlah mangsa banjir di dua PPS tidak berubah iaitu empat orang daripada sebuah keluarga di PPS Sekolah Kebangsaan Pegoh dan 13 orang daripada empat keluarga berteduh di PPS Bukit Tambun.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel