Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua lelaki proses dan jual air ketum ditahan


Tarikh kemaskini: 07/07/2019





BUKIT MERTAJAM, 7 Julai (Bernama) -- Polis menahan dua lelaki yang  menjalankan kegiatan memproses dan menjual air ketum dalam serbuan di belakang sebuah rumah di Kampung Kijang, Machang Bubok di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata sepasukan polis yang menjalankan Ops Pencegahan Jenayah telah membuat serbuan di belakang rumah itu kira-kira pukul 8 malam dan menahan dua lelaki berusia 30-an berkenaan.

"Pemeriksaan di kawasan itu menemui sebuah periuk besar mengandungi 70 bungkus air ketum yang telah siap diproses dan dibungkus, dipercayai dua lelaki tersebut baru sahaja siap membungkus air ketum bernilai RM700 tersebut," katanya di sini hari ini.

Katanya siasatan awal mendapati dua lelaki yang tidak bekerja itu mendapatkan bekalan daun ketum daripada sindiket di negeri jiran sebelum memprosesnya sendiri dan menjual kepada pelanggan mereka sekitar Bukit Mertajam.

Nik Ros Azhan berkata dua lelaki itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan kes berkenaan di siasat menurut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Sementara itu, dalam perkembangan lain katanya polis menahan lima lelaki sedang berpesta dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Kilang Ubi, Cherok Tok Kun di sini kira-kira pukul 11.10 malam tadi.

"Pemeriksaan ke atas mereka menemui sejumlah dadah jenis heroin serta syabu dan air ketum, siasatan mendapati lima lelaki itu menjadikan rumah milik seorang daripada ditahan itu sebagai lokasi menghisap dadah," katanya.

Beliau berkata ujian air kencing lima lelaki itu mendapati mereka positif dadah dan semua mereka kini di reman untuk siasatan lanjut," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel