Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis rampas 230 senjata api tiruan, tahan seorang lelaki


Tarikh kemaskini: 07/07/2019





KANGAR, 7 Julai (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki dan merampas pelbagai jenis senjata api tiruan yang diseludup masuk dari negara jiran dalam serbuan di sebuah rumah di Felcra Lubuk Sireh, Kaki Bukit di Pandang Besar, pada Rabu (3 Julai).

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supt Muhamad Halim Yatim berkata, senjata api tiruan yang dirampas itu terdiri daripada 17 laras raifal dan 213 pucuk pistol pelbagai jenis serta komponen-komponennya bernilai kira-kira RM70,000.

“Rumah yang diserbu itu dipercayai dijadikan tempat simpanan senjata api tiruan itu,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Ketika serbuan pada 8.15 malam Rabu itu, isteri dan anak perempuan lelaki terbabit turut berada di rumah itu.

Siasatan awal polis mendapati lelaki berusia 29 tahun itu menggunakan ‘runner’ untuk menyeludup senjata api tiruan dan menjualnya secara dalam talian dengan harga antara RM100 dan RM2,000 seunit mengikut jenis dan dihantar kepada pelanggan melalui perkhidmatan kurier, katanya.

Muhamad Halim berkata, lelaki yang pernah ditangkap dan dikompaun oleh Kastam pada 2016 kerana membawa masuk barang larangan itu, dipercayai menjalankan aktiviti haram itu sejak awal 2016.

“Polis kini menjejaki seorang tauke dan individu lain yang dipercayai terlibat dalam urusan jual beli senjata api tiruan yang mungkin digunakan untuk tujuan jenayah,” katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     

Ibu mati, anak OKU dijumpai dahaga lapar dalam rumah di Skudai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel