Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis tahan tiga lelaki edar pil WY di Gua Musang


Tarikh kemaskini: 07/07/2019





GUA MUSANG, 7 Julai (Bernama) -- Polis menahan tiga lelaki dipercayai aktif mengedar dadah dalam dua serbuan berasingan di Kampung Jerek Luar, Bertam, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Musang Supt Mohd Taufik Maidin berkata dalam serbuan pertama, pihaknya menahan dua lelaki masing-masing berusia 33 dan 44 tahun di sebuah rumah di kampung tersebut pada pukul 1 tengah hari.

“Pemeriksaan ke atas suspek berusia 44 tahun itu menemui 959 biji pil jenis WY bernilai RM19,120 dalam poket kanannya.

“Suspek turut mempunyai tiga rekod lampau berkaitan pengedaran dadah dan positif dadah, manakala rakannya yang berusia 33 tahun mempunyai satu rekod lampau juga berkaitan dadah,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang di sini, hari ini.

Sementara itu, dalam serbuan kedua, Mohd Taufik berkata seorang lelaki berusia 40 tahun, ditahan di kampung sama ketika sedang keluar dari kereta yang dipandunya.

Beliau berkata pemeriksaan badan menemui 509 biji pil jenis WY bernilai RM10,180 dan satu paket mengandungi 5.25 gram dipercayai dadah jenis syabu bernilai RM1,500.

Katanya ketiga-tiga suspek yang ditahan itu direman selama tujuh hari bermula dari tarikh ditangkap sehingga Selasa (9 Julai) ini di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 39A(1) ADB 1952.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Usaha promosi produk tempatan melalui e-dagang langkah tepat - Saifuddin

 
     

Pesakit kanser tahap empat tangguh rawatan akibat kekangan kewangan

 
     

Sukarelawan sepenuh masa APM bakal terima perlindungan Perkeso

 
     

Aduan kebersihan tandas KLIA berkurang 80 peratus

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel