Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

RTM bersedia sepenuhnya beralih ke siaran digital


Tarikh kemaskini: 06/07/2019





KANGAR, 6 Julai (Bernama) -- Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah bersedia beralih daripada  penyiaran secara analog kepada siaran televisyen (TV) digital.

Ketua Pengarah Penyiaran, Abdul Muis Shefii  berkata, siaran percubaan yang menggunakan dua saluran digital iaitu saluran Berita Ehwal Semasa (BES) yang memaparkan berita 24 jam dan saluran RTM Sports berdefinisi tinggi (HD) sangat memuaskan.

"Percubaan ini berjaya dan memenuhi tahap yang diperlukan", katanya kepada Bernama ketika ditemui pada Karnival Futsal Piala Pengarah Penyiaran Perlis 2019 di sini, hari ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo sebelum ini berkata, proses peralihan daripada analog ke digital dijangka bermula pada pertengahan tahun ini.

Abdul Muis berkata proses peralihan untuk menamatkan siaran analog berjalan lancar namun beliau tidak menyatakan tarikh sebenar bila siaran digital itu akan beroperasi sepenuhnya.

Sementara itu, karnival bersempena ulang tahun Keputeraan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail ke-76 turut dihadiri oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang berkenan mengurniakan hadiah kepada pemenang.

Pengarah Penyiaran Perlis, Ahmad Zaki Mustafa berkata karnival futsal yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM7,000 itu disertai 71 pasukan dari dalam dan luar Perlis, mempertandingkan tiga kategori iaitu Terbuka Lelaki, Bawah 17 Tahun Lelaki dan Bawah 12 Tahun Lelaki.

Pasukan 'The Fighters A' menjuarai kategori Bawah 12 Tahun untuk membawa pulang hadiah berjumlah RM800 manakala kategori Bawah 17 Tahun dimenangi pasukan 'Ally B' yang menerima RM1,000 dan kategori Terbuka dimenangi pasukan 'MFC' yang meraih hadiah RM2,000.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel