Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tindakan pantas APM selamatkan remaja sesak nafas ketika daki bukit


Tarikh kemaskini: 06/07/2019





ALOR SETAR, 6 Julai ( Bernama) -- Tindakan pantas anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Padang Terap berjaya menyelamatkan seorang pelajar perempuan tingkatan lima yang mengalami sesak nafas di puncak Bukit 8888 di Pokok Sena dekat sini, hari ini.

Pegawai APM Padang Terap Leftenan (PA) Mohd Shukri Shuib berkata sebelum kejadian itu mangsa yang berusia 17 tahun sedang melakukan aktiviti pendakian bersama beberapa rakannya yang lain bermula 5.30 petang.

Bagaimanapun, Mohd Shukri berkata mangsa tiba-tiba sesak nafas ketika berada di puncak bukit itu pada ketinggian 198.98 meter.

"Pusat Operasi Padang Terap menerima panggilan kecemasan sebelum tiga anggota bergegas ke lokasi dan tiba di situ pada 6.55 petang.

Anggota berdepan laluan sukar kerana perlu mendaki puncak bukit hampir 200 meter. Sejurus tiba di lokasi, rawatan pantas diberikan sebelum mangsa stabil dan dibawa turun menggunakan pengusung," katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Beliau berkata mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Nerang untuk rawatan lanjut.

Katanya difahamkan pendakian kumpulan remaja itu tidak melibatkan aktiviti anjuran pihak sekolah remaja berkenaan.

"Mangsa dan rakan-rakan dia mendaki sendiri untuk santai-santai sahaja," katanya.

-- BERNAMA  


 

   

 
 
     
   
 

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel