Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Annas Mikhail teruja impian lihat haiwan di zoo jadi kenyataan


Tarikh kemaskini: 06/07/2019





TAIPING, 6 Julai (Bernama) -- Impian seorang kanak-kanak penghidap leukemia kronik untuk melihat binatang dan rama-rama di zoo menjadi kenyataan apabila dia dibawa melawat Zoo Taiping & Night Safari di sini, hari ini. 

Kegembiraan dan keceriaan jelas terpancar di wajah Annas Mikhail Abdullah, 3, sebaik sahaja menjejak kaki di zoo tersebut bersama neneknya, Faridah Wan Chik, 48, hasil inisiatif Persatuan Sahabat Kanak-Kanak Kanser Wilayah Utara (Foccan).   

Presiden Foccan, Maznah Tayib berkata usaha membawa Annas Mikhail yang dikesan menghidap penyakit kanser itu sejak berusia enam bulan merupakan tanggungjawab sosial pihaknya sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan. 

"Kita mendapat tahu kanak-kanak ini tiada lagi rawatan dan doktor menjangkakan jangka hayatnya tidak lama. Foccan memberikan sokongan moral dan menunaikan impiannya agar terus ceria," katanya kepada pemberita selepas membawa Annas Mikail melawat Zoo Taiping & Night Safari di sini hari ini.

Disebabkan penyakit dihidapi, anak sulung daripada dua beradik itu tidak lagi ceria dan  aktif, malah doktor juga mengesahkan kesihatan Annas Mikail semakin merosot.

Pakar di Hospital Pulau Pinang (HPP) tidak lagi meneruskan rawatan kimoterapi ke atas Annas Mikhail kerana bimbang ia memberikan kesan negatif kepada organ dalaman seperti hati dan limpa. 

Sementara itu, Faridah merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Foccan kerana menunaikan hajat Annas Mikail untuk melihat haiwan dan yang pasti menjadi hari penuh bermakna buat cucunya. 

"Saya melihat cucu saya ini seronok dan teruja apabila melawat zoo walaupun dia tidak boleh berjalan.

"Dia paling suka tengok gajah dan hajatnya itu sudah ditunaikan oleh Foccan dan Pusat Khidmat Palimen Bagan Serai," katanya yang menjaga Annas Mikhail disebabkan ibu bapa kanak-kanak itu mempunyai masalah.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     

Ibu mati, anak OKU dijumpai dahaga lapar dalam rumah di Skudai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel