zA-Cvy4WjHA Perak perlu anjur lebih banyak aktiviti sukan arus deras - Peserta
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Perak perlu anjur lebih banyak aktiviti sukan arus deras - Peserta


Tarikh kemaskini: 06/07/2019





IPOH, 6 Julai (Bernama) -- Kerajaan negeri Perak disaran agar memperbanyakkan penganjuran aktiviti sukan arus deras termasuk arung jeram bagi menarik minat lebih ramai masyarakat menyertainya terutama golongan muda. 

Peserta tempatan, Arman Abd Rahim, 38, berkata, dengan adanya pendedahan kepada masyarakat melalui program atau pertandingan yang dianjurkan, ia mampu mengubah stigma bahawa sukan itu berbahaya. 

Beliau yang telah menceburkan diri selama 13 tahun dalam sukan berkenaan turut berpendapat kejohanan arung jeram dan kayak masih kurang dikenali di Malaysia berbanding negara luar yang telah lama mempeloporinya. 

"Boleh dikatakan di Malaysia, peserta yang aktif dalam sukan ini adalah dari negeri Perak, Selangor, Sabah dan Kedah. Kalau negeri lain menganjurkan aktiviti ini, ia dapat merancakkan lagi penyertaan masyarakat dalam sukan ini, “katanya pada Festival Sungai Kampar di Dataran Jahang, Gopeng, dekat sini, hari ini.

Sementara itu, peserta Sabah, Erwan Saimson Saimudin, 23, penglibatan badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat korporat juga penting dalam memastikan sukan itu diperluaskan di semua peringkat. 

Beliau yang telah bergiat selama tujuh tahun dalam arung jeram berpendapat, kedua-dua pihak itu boleh menyumbang dalam bentuk  kewangan, pembiayaan peralatan dan penghantaran peserta menyertai pertandingan di dalam mahupun di luar negara. 

"Dengan adanya penajaan seumpama ini, ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban kewangan selain menaikkan semangat peserta untuk berjaya dalam sukan ini," katanya. 

Bagi Dodiesoikin Justin, 20, juga dari Sabah, promosi berkaitan sukan tersebut seharusnya diperluas hingga ke peringkat akar umbi terutama membabitkan pelajar sekolah rendah kerana usia tersebut mudah dilentur. 

Katanya, ia penting kerana daripada peringkat berkenaan ia memudahkan pihak berkenaan memupuk minat selain dapat meramaikan lagi individu untuk menyertai sukan tersebut. 

-- BERNAMA 


 

   

 
 
     
   
 

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel