Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penerbangan AirAsia Melaka-Pulau Pinang-Melaka kembali beroperasi di LTAM


Tarikh kemaskini: 06/07/2019





MELAKA, 6 Julai (Bernama) -- AirAsia menyambung semula penerbangan bagi sektor Melaka-Pulau Pinang-Melaka hari ini selepas tertangguh selama dua hari berikutan masalah sistem navigasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam, di sini.

Penerbangan AK6284 dengan 158 penumpang berlepas dari LTAM ke Pulau Pinang pada jam 2.50 petang manakala penerbangan sama dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang selamat mendarat di LTAM, 20 minit sebelum itu.

Exco Pengangkutan, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab berkata, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) telah mengeluarkan kebenaran untuk menggunakan prosedur penerbangan setelah  memastikan operasi peralatan yang rosak telah berjaya dipulihkan.

Beliau berkata, pihak CAAM telah mengambil langkah proaktif mengurus dan memastikan sistem itu berjalan baik dengan melakukan penyiasatan serta pemeriksaan untuk mengenal pasti punca masalah tersebut untuk menanganinya.

"Pihak berwajib serta syarikat penerbangan terbabit telah mengambil langkah penyelesaian sementara dan berjaya memulihkan operasi sistem tersebut,” katanya kepada pemberita ketika melakukan tinjauan di LTAM, hari ini.

Mohd Sofi berkata, kerajaan negeri juga berharap pihak berwajib dapat mencari penyelesaian sepenuhnya berkaitan masalah teknikal yang berlaku supaya ia tidak berulang pada masa hadapan.

Katanya, prosedur dan amalan penyelenggaraan mesti disemak semula selain penambahbaikan perlu dilakukan kerana ia sangat penting bagi memastikan segala kelengkapan berkaitan sedia digunakan pada bila-bila masa.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel