Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

KTMB tingkatkan kempen elak pencerobohan landasan terus berlaku


Tarikh kemaskini: 06/07/2019





YAN, 6 Julai (Bernama) -- Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini mengambil langkah lebih proaktif dengan mempergiatkan kempen kesedaran terhadap masyarakat tentang bahaya pencerobohan di 1,655 kilometer kawasan jajarannya.

Ketua Pegawai Eksekutif KTMB Mohd Rani Hisham Samsudin berkata langkah itu penting memandangkan sehingga kini masih ada kes pencerobohan di kawasan landasan berlaku hingga menjejaskan pengoperasian KTMB apabila melibatkan rempuhan manusia dan haiwan ternakan.

“Kita akan tingatkan program kesedaran di kawasan tumpuan (hotspot) bagi mengurangkan kes, ini termasuklah kempen sepanjang tahun bagi mendidik masyarakat yang menetap berhampiran stesen mengenai aspek keselamatan.

“Usaha lain ialah dengan mengadakan taklimat keselamatan di institusi pendidikan, kawasan tumpuan masyarakat...kita akan sentiasa mengemas kini papan tanda amaran, penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) serta meningkatkan tahap keselamatan di sepanjang jajaran operasi,” katanya kepada Bernama pada Program KTMB & Anda Wilayah Utara 2019 di kaki Gunung Jerai di Guar Chempedak dekat sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani, Pengangkutan dan Industri Utama Kedah Azman Nasrudin.

Dalam pada itu, Mohd Rani berkata seramai 17 orang maut dirempuh kereta api melibatkan pelbagai lokasi di sepanjang 1,655 kilometer kawasan jajaran KTMB tahun lepas.

Beliau berkata sebanyak 53 kes pelanggaran turut membabitkan haiwan ternakan manakala 86 kecurian peralatan dan kabel serta 14 kejadian membaling batu ke arah kereta api dicatatkan.

“Tempoh itu juga, KTMB merekodkan kerugian hampir RM200,000 bagi menggantikan peralatan yang rosak dan aset yang dicuri,” katanya dan menambah seramai 170 orang turut ditahan atas kesalahan menceroboh.

Pada program tersebut, orang ramai berpeluang berinteraksi dengan kakitangan KTMB berhubung perkhidmatan yang disediakan KTMB serta melihat pameran aset KTMB seperti loceng yang berusia lebih 100 tahun.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel