Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

DAP harap bersatu konsisten dalam isu pengambilan ahli baharu


Tarikh kemaskini: 06/07/2019





GEORGE TOWN, 6 Julai (Bernama) -- DAP berharap kepemimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan konsisten dengan keputusannya sebelum ini berhubung pengambilan ahli daripada parti lain.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata Bersatu sebelum ini pun ada terima beberapa pemimpin UMNO kecuali pemimpin tertentu didapati daslam rasuah atau skandal 1Malaysia Development Berhad  MDB (1Malaysia Development Berhad).

Menurutnya, pihaknya akan berpegang kepada konsensus dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) bahawa mana-mana pemimpin didapati terbabit dalam rasuah tidak akan diterima masuk.

"Saya belum baca kenyataan Tun (Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad) lagi. Saya hanya rujuk kepada apa yang berlaku sebelum ini dan apa yang saya cakap ini adalah konsisten dengan apa yang saya sebut sebelum ini," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Semalam, Dr Mahathir yang juga pengerusi Bersatu mempelawa semua parti politik Melayu tempatan untuk menyertai Bersatu bagi menguatkan kuasa politik kaum itu.

Dr Mahathir berkata dulu hanya ada satu parti Melayu iaitu UMNO, tapi kerana tamakkan kedudukan, hari ini orang Melayu berpecah enam.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     

Ibu mati, anak OKU dijumpai dahaga lapar dalam rumah di Skudai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel