Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kukuh perpaduan melalui penyatuan parti - Mohd Radzi


Tarikh kemaskini: 06/07/2019





KOTA BHARU, 6 Julai (Bernama) -- Penyatuan parti-parti politik Melayu dalam satu komponen dilihat mampu memperkukuhkan perpaduan dan kuasa politik orang Melayu.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata langkah itu juga dilihat mampu mengurangkan ‘perkara-perkara yang tidak diperlukan dalam politik'.

“Ia sekali gus membolehkan kita memberi fokus kepada pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat, justeru saya menyambut baik saranan Tun Dr Mahathir Mohamad (semalam),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas merasmikan seminar Pembangunan Ekonomi Melayu Kelantan di Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Kelantan, di sini, hari ini.

Semalam, Pengerusi Bersatu, Dr Mahathir dilaporkan mempelawa semua parti politik Melayu termasuk UMNO untuk menyertai Bersatu dalam usaha menyatupadu serta memperkasakan kuasa politik orang Melayu.

Pengerusi Bersatu itu turut dipetik sebagai berkata  berkata kewujudan semakin banyak parti politik Melayu menyebabkan potensi untuk mereka menang dalam pilihan raya semakin tipis.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel