Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penyakit tidak berjangkit di Malaysia berada pada tahap membimbangkan - Dr Dzulkefly


Tarikh kemaskini: 06/07/2019





PORT DICKSON, 6 Julai (Bernama) — Penyakit Tidak Berjangkit atau lebih dikenali sebagai NCD di Malaysia berada pada tahap membimbangkan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. 

Beliau berkata berdasarkan statistik Kajian Morbiditi Kesihatan Kebangsaan yang dijalankan Kementerian Kesihatan setiap lima tahun, peratus dewasa yang mengalami diabetes meningkat dari 8.3 peratus pada tahun 1996  kepada  17.5 peratus pada 2015.

Katanya peratus dewasa yang mengidap hipertensi pula kekal di sekitar 30 peratus dalam tempoh tersebut (1996-2015).

“Merokok dan obesiti merupakan antara faktor utama bagi kedua-dua penyakit ini. 

“Justeru Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berusaha untuk memerangi peningkatan jumlah NCD di kalangan masyarakat antaranya menggabungkan program-program pengupayaan komuniti dari aspek kesihatan yang dilaksanakan KKM seperti Komuniti Sihat Pembina Negara dan Komunikasi untuk Kesan Tingkah  Behaviourial Impact termasuk program PeKa: B40 yang menjalankan saringan-saringan awal kepada penyakit-penyakit NCD,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program Kampungku Sihat Peringkat Parlimen Port Dickson di sini, hari ini. 

Turut hadir, Anggota Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan. 

Tambahnya punca kematian rakyat negara ini sebelum ‘tempoh pramatang’ (purata 75 tahun) juga disebabkan NCD. 

Justeru Dr Dzulkefly menyarankan agar orang ramai dapat membudayakan penjagaan kesihatan diri melalui pelaksanaan saringan kesihatan asas secara sukarela selain mengamalkan kehidupan yang sihat dan mengelakkan tabiat merokok.

Program Kampungku Sihat merupakan inisiatif Kementerian Kesihatan dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat bagi mencegah peningkatan penyakit tidak berjangkit atau NCD. 

Inisiatif ini dilakukan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai berkaitan faktor risiko bahaya NCD yang masih rendah dan membimbangkan. 

—BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel