Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PAS tidak jamin kerjasama dengan pihak lain akan kekal - Ahmad


Tarikh kemaskini: 06/07/2019





KOTA BHARU, 6 Julai (Bernama) -- Kehendak politik terutama berkaitan penyatuan orang Melayu Islam dalam satu gagasan mungkin berubah dari semasa ke semasa, kata Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob.

Oleh itu PAS tidak boleh menjamin kerjasama yang terjalin dengan mana-mana pihak ketika ini akan kekal selama-lamanya kerana ia bergantung kepada perkembangan politik semasa.

"Sekarang ini, (berkaitan) masalah politik, buat masa ini (kita kekal bekerjasama dengan UMNO dan parti lain dalam Gagasan Sejahtera) tetapi terpulanglah kepada masa depan, kepada suasana pada masa itu.

"Kita tak boleh jamin kita akan kekal macam ini tetapi kehendak politik semasa mungkin berubah. Setakat ini itulah yang ada pada kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kelantan Charity Drive 2019 di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini, hari ini.

Ahmad mengulas mengenai pelawaan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta semua parti politik Melayu termasuk UMNO untuk menyertai Bersatu dalam usaha menyatupadu serta memperkasakan kuasa politik orang Melayu.

-Ahmad turut mengakui kenyataan Dr Mahathir yang mendakwa kewujudan semakin banyak parti politik Melayu menyebabkan potensi untuk mereka menang dalam pilihan raya semakin tipis.

"(Kenyataan) itu sebenarnya kita kena terima... apabila orang (Melayu) sudah berpecah kita memang lemah. Sekarang ini usaha kita nak kumpul semula kekuatan khususnya orang Melayu bagi mempertahankan keutuhan orang Melayu yang beragama Islam," katanya.

-- BERNAMA       


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel