Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tujuh anggota bomba cedera ringan dalam operasi kebakaran


Tarikh kemaskini: 06/07/2019





PELABUHAN KLANG, 6 Julai (Bernama) -- Tujuh anggota bomba mengalami kecederaan ringan dalam operasi pemadaman kebakaran membabitkan tiga buah kilang di Jalan Perigi Nanas, Pulau Indah dekat sini, semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Selangor, Norazam Khamis berkata, enam anggota bomba itu daripada balai bomba Pelabuhan Klang manakala seorang lagi dari balai bomba Sungai Pinang.

"Bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira 5.37 petang, kebakaran itu melibatkan tiga buah kilang kelas A yang mana  satu daripadanya terbakar sepenuhnya sementara dua lagi terbakar 50 peratus.

“Akibat operasi itu tujuh daripada 60 anggota (yang bertugas di lokasi kejadian) mengalami kecederaan ringan termasuk cedera di kaki, melecur di telinga dan terhidu gas beracun, " katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata dua daripada anggota itu kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR), manakala lima lagi lagi menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital yang sama.

Katanya, kebakaran itu dapat dikawal sepenuhnya kira-kira 12.40 pagi tadi.

"Bagaimanapun buat masa ini pasukan kita masih menjalankan operasi overhaul di lokasi kejadian," katanya.

 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     

Semua sekolah di Putrajaya dibuka esok

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel