Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Helah hadiah luar negara buat kerani rugi RM4,200


Tarikh kemaskini: 06/07/2019





KUANTAN, 6 Julai (Bernama) -- Teruja untuk menerima pelbagai barangan berjenama dari luar negara menyebabkan seorang kerani wanita syarikat insurans kerugian RM4,200 selepas ditipu ‘kenalan’ lelaki yang baru dikenali. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 24 tahun mendakwa barangan itu kiriman lelaki bernama James, kononnya warga Amerika Syarikat yang menetap di London. 

Katanya, mereka berkenalan menerusi laman sosial pada 23 Jun lepas, dan hadiah itu adalah tanda penghargaan kerana mangsa sudi berkawan dengan dirinya. 

"James dikatakan menghantar baju, kasut, telefon pintar dan barang kemas melalui kurier beberapa hari selepas mereka berkenalan sebelum mangsa menerima panggilan telefon kononnya daripada wakil syarikat penghantaran pada 27 Jun lalu.

"Suspek mendakwa barangan itu tidak dapat dihantar kerana sangkut di pejabat Kastam memandangkan bayaran duti masih belum dijelaskan," katanya kepada pemberita di sini.

Mohd Wazir berkata mangsa telah memindahkan wang bagi bayaran itu ke dalam akaun yang diberikan suspek, namun berasa curiga apabila diarahkan untuk membuat bayaran lain. 

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh semalam, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel