Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pelumba SRT pamer prestasi memberangsangkan dalam latihan bebas GP Jerman


Tarikh kemaskini: 06/07/2019





KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli memulakan hujung minggu mereka di Grand Prix (GP) Jerman dengan tunggangan yang memberangsangkan  dengan kelajuan yang meyakinkan semasa melakukan persiapan untuk perlumbaan pada Ahad ini di Litar Sachsenring, Jerman. 

Quartararo berada di tempat ketiga biarpun perlu melepasi pelumba-pelumba yang perlahan semasa ujian masa Latihan Bebas 2 (FP2), sementara Morbidelli mengakhiri latihan bebas itu di kedudukan ke-12.  

Semasa Latihan Bebas 1, Quartararo mencatat masa terpantas satu minit dan 21.390 saat, 0.074s di hadapan lawannya dari Sepanyol Marc Marquez .

Bagaimanapun, Morbidelli  yang mencari rentak tunggangan yang sesuai, membuat penilaian ke atas pelbagai pelarasan jenteranya sebelum pulang ke pit di kedudukan ke-13 (1:22.512).

Menurut Quartararo, hari ini adalah hari yang positif buat pelumba-pelumba pasukan ini dan beliau gembira mencatat masa ketiga terpantas biarpun menunggang di litar bukan kegemarannya.  

“Saya merasa tangan saya berada dalam keadaan baik.  Ia adalah litar yang unik dengan banyak selekoh yang ke kiri. Jadi untuk keadaan fizikal saya, ia adalah salah satu daripada konfigurasi yang sesuai,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, rakan sepasukannya dari Itali akan meneruskan usahanya bagi memastikan beliau berada dalam keadaan yang terbaik untuk menghadapi pertarungan 30 lap di litar yang mencabar, Ahad ini. 

Kedua-dua pelumba Petronas Yamaha SRT itu akan mengharungi dua lagi sesi latihan bebas esok sebelum ujian untuk kedudukan petak perlumbaan bermula pada pukul 8.10 malam waktu Malaysia.

--BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel