Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Terbuka wanita amatur RSGC ke-45 tarik 100 pemain golf berpotensi


Tarikh kemaskini: 05/07/2019




KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Seratus pemain golf amatur wanita dari Malaysia dan rantau ini bakal beraksi di Kejohanan Terbuka  Wanita Amatur Kelab Golf Diraja Selangor (RSGC) ke-45, dari 2 hingga 4 Ogos ini.  

Pemain dari Malaysia. Indonesia, Jepun, Filipina, Vietnam, Hong Kong dan buat julung kalinya Australia akan bertanding untuk meraih empat piala yang menjadi rebutan -- Tuanku Bahiyah, Toh Puan Norashikin, Datin Azian dan Clarissa Lee. 

Menurut penganjur, tujuh pemain daripada Golf  Australia, program golf remaja Australia telah mendaftar diri untuk kejohanan tahunan itu yang terbuka kepada pemain amatur dengan handikap USGA (Persatuan Golf Amerika Syarikat)  17.4 atau lebih rendah.

“Kualiti penyertaan amat menarik kerana kami sudah mendapat enam penyertaan dengan handikap antara +2 dan 0.  Ini membawa perkembangan baik kepada acara kami, kerana ia bermakna kami kini menarik pemain yang lebih baik dan berita mengenai acara kami tersebar luas.

Ini juga bermakna Kuala Lumpur semakin dikenali sebagai satu venue untuk golf amatur wanita kelas dunia,” kata pengerusi penganjuran acara itu Datuk Yasmin Yusuff dalam satu kenyataan.

Terbuka Wanita Amatur RSGC telah menghasilkan juara Malaysia yang kemudiannya menjadi pemain profesional. Antara yang pertama ialah  Lim Ai Lian (Juara 1991, 1997 dan 1998) dan Lim Siew Ai (Juara 1996), ahli RSGC yang akhirnya menjadi pemain pertama LPGA dari Malaysia.

Hadiah menarik untuk pukulan terus ke lubang, sebuah kereta Mercedes A200, cincin bertatahkan berlian Tahiti dan mutiara Laut Selatan bernilai RM16,000 dari La Putri dan seutas jam Titoni serta banyak hadiah lain.  Love 18 akan sekali lagi menaja coklat buatan Malaysia. 

Pemain golf wanita yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut di http://lao.thersgc.com/. Penyertaan ditutup pada 25 Julai 2019.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Usaha promosi produk tempatan melalui e-dagang langkah tepat - Saifuddin

 
     

Pesakit kanser tahap empat tangguh rawatan akibat kekangan kewangan

 
     

Sukarelawan sepenuh masa APM bakal terima perlindungan Perkeso

 
     

Aduan kebersihan tandas KLIA berkurang 80 peratus

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel