Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bayi meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru


Tarikh kemaskini: 05/07/2019





KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dunia selepas dibawa pengasuhnya ke hospital, setelah didapati tidak sedarkan diri di sebuah apartmen di Bandar Tasik Selatan di sini, pada Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata pegawai perubatan dari Jabatan Kecemasan Hospital Canselor Tuanku Muhriz di sini menerima mangsa pada 10.45 pagi, Rabu lalu dan cuba menyelamatkan bayi berkenaan tetapi gagal.

"Resusitasi dilakukan terhadap bayi itu, namun mangsa tidak menunjukkan sebarang tindak balas dan bayi berkenaan disahkan meninggal dunia,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Beliau berkata bedah siasat yang dijalankan pada hari sama mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kematian disebabkan jangkitan di paru-paru.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     

UMT anjur majlis khas untuk graduan kehilangan ibu pada hari konvokesyen

 
     

Ahmad Zahid arah keluar RM17,953,185.21 bina bangunan Yayasan Akalbudi - saksi

 
     

Pandangan berbeza cadangan gantian hukuman mati mandatori

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel