Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PPS diminta siasat kesahihan AGM KOM


Tarikh kemaskini: 05/07/2019





KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Seorang pemerhati bebas pemilihan kepimpinan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Mohd Musa Noor Mohd, meminta Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) meneliti kesahihan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu, Ahad lalu.

Beliau mendakwa wujud pelbagai kesilapan dalam prosedur pemilihan itu termasuk kegagalan moderator pemilihan, bekas setiausaha agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi mengisytiharkan pembubaran kepimpinan KOM terdahulu diterajui bekas presiden, Datuk Karim Ibrahim.

Mohd Musa, yang juga bekas pengerusi  pembangunan KOM,  turut mempersoalkan pelantikan Sieh sebagai moderator kerana mendakwa tidak mendapat restu daripada 13 ahli gabungan badan induk olahraga itu.

“Saya tidak memihak ???????mana-mana individu dalam isu pemilihan namun sekadar mempersoalkan kegagalan KOM mengendalikan AGM berkenaan mengikut prosedur yang betul.," katanya kepada pemberita selepas menghantar surat bantahan bersama minit mesyuarat kepada PPS, di sini hari ini.

Bernama difahamkan surat tersebut berkenaan diterima oleh Ketua Penolong Pesuruhjaya Sukan (PJS), Asmadi Mohamad.

Usaha pihak media untuk mendapatkan komen Asmadi bagaimanapun gagal setelah media tidak dibenarkan masuk ke Pejabat PJS.

Pada pemilihan penggal 2019-2022 itu, Presiden Persatuan Olahraga Selangor, Datuk S. M Muthu dipilih sebagai presiden KOM yang baharu selepas mendapat 21 undi manakala Karim sekadar mendapat 18 undi daripada 39 perwakilan.

Bekas ratu trek olahraga kebangsaan, Datuk Paduka Mumtaz Jaafar pula menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Presiden setelah pencabarnya, Datuk Seri Shahidan Kassim menarik diri pada saat-saat akhir.

Empat individu pula dipilih sebagai Naib Presiden KOM yang baharu iaitu Datuk Wira Mark William Ling Lee Meng, Josephine Kang, Rajemah Sheikh Ahmad dan Datuk Fadzil Abu Bakar. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel