Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pelayan restoran dipukul selepas tegur sekumpulan lelaki membuat bising


Tarikh kemaskini: 05/07/2019





KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Seorang pekerja restoran warganegara India cedera dipukul setelah menegur sekumpulan enam lelaki yang membuat bising di sebuah restoran di Semenyih, semalam. 

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata dalam kejadian kira-kira 12.50 tengah malam itu, kumpulan lelaki terbabit yang berang akibat ditegur, bertindak memukul mangsa menggunakan kerusi dan kayu.

Beliau berkata kumpulan lelaki terbabit dipercayai turut meminta mangsa membayar wang perlindungan RM1,000 setiap bulan kepada mereka.

"Akibat daripada kejadian tersebut, mata mangsa lebam dan mengalami sakit di bahagian belakang badan," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Katanya, polis kini sedang mengesan suspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Nor Fazilatul Aida di talian 012-2667402.

Kes disiasat mengikut Seksyen 447 dan 385 Kanun Keseksaan kerana merusuh serta pemerasan, katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel