Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelaki maut kereta dinaiki bertembung dengan bas henti-henti


Tarikh kemaskini: 05/07/2019





SETIU, 5 Julai (Bernama) -- Seorang lelaki maut selepas kereta yang dinaikinya bertembung dengan sebuah bas henti-henti berhampiran simpang tiga Sungai Tong, di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Setiu, Mustafa Ismail berkata mangsa Mohd Ridhwan Abu Bakar, 33, yang berada di tempat duduk penumpang hadapan maut di lokasi kejadian manakala pemandu kereta berusia 23 tahun mengalami kecederaan.

“Kejadian yang berlaku kira-kira 5.30 petang tadi menyaksikan kereta jenis Proton Wira yang menghala ke Jertih bertembung dengan bas henti-henti yang menghala ke Kuala Terengganu,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Mustafa berkata sejurus pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.31 petang, satu jentera bersama tujuh anggota bergegas ke tempat kejadian, katanya.

Katanya mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan pemandu kereta yang cedera dihantar ke Hospital Setiu.

Pemandu bas iaitu seorang lelaki tidak mengalami sebarang kecederaan dan semasa kejadian tiada penumpang di dalam bas berkenaan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel