Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Hengyuan luluskan dana US$26.61 juta bagi projek minyak Euro 5


Tarikh kemaskini: 05/07/2019




KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Hengyuan Refining Company Bhd meluluskan pengeluaran dana penuh untuk projek minyak Euro 5 bernilai US$26.61 juta (US$1=RM4.13) yang akan dilaksanakan dalam kawasan kompleks penapisannya di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Menurut Hengyuan, projek tersebut ialah satu daripada tiga pelaburan berasaskan kawal selia yang digariskan mengikut strategi syarikat itu untuk meneruskan operasi sebagai kilang penapisan selain kekal berdaya saing dalam industri berkenaan.

“Dua lagi pelaburan berasaskan kawal selia ialah pengeluaran Euro 4 Mogas dan mematuhi Peraturan Udara Bersih yang diumumkan sebelum ini.

“Projek itu dilaksanakan bagi mempertingkat unit penyahsulfuran hidro nombor 2 sedia ada bagi memenuhi spesifikasi sulfur 10 bahagian per juta berat (ppmw) menjelang September 2020 dan mencapai semula kapasiti unit kepada 6,300 tan sehari,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Hengyuan berkata tujuan utama pelepasan dana penuh itu adalah bagi membolehkan syarikat menghasilkan minyak Euro 5 dengan tahap komitmen perbelanjaan modal yang terendah. 

 Projek berkenaan akan dibiayai melalui gabungan aliran tunai yang dijana daripada operasi dan pengurangan pinjaman sedia ada.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel