Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PBT diminta keluar lesen sementara kepada peniaga durian


Tarikh kemaskini: 05/07/2019





MELAKA, 5 Julai (Bernama) -- Pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta memberi kelonggaran kepada pekebun dan peniaga durian, dengan mengeluarkan lesen sementara bagi mengelakkan masalah lambakan.

Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan Koperasi dan Industri Asas Tani negeri, Norhizam Hassan Baktee berkata lesen sementara itu hanya untuk memenuhi keperluan musim durian pada masa ini, di samping memudahkan orang ramai mendapatkan raja buah itu.

Beliau berkata, PBT di negeri ini antaranya Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), diminta mengeluarkan lesen sementara, seiring hasrat kerajaan negeri meningkatkan ekonomi pekebun.

"Kita mohon PBT untuk beri kelonggaran kepada pekebun menjual hasil mereka dalam tempoh sebulan ini, agar mereka dapat menjualnya di lokasi-lokasi tertentu seperti di bahu jalan, sekali gus menangani masalah lambakan durian.

"Bagaimanapun, para peniaga perlu mencari lokasi yang selamat dan sesuai untuk menjual durian mereka, bagi mengelakkan berlakunya sesuatu kejadian tidak diingini," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pelancaran Melaka Durian Street 2019, di Klebang, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Melaka, Che Samudin Hassan.

Sementara itu, Che Samudin berkata, pihak Fama negeri mensasarkan program tiga hari berakhir Ahad ini, akan mencatatkan nilai jualan RM300,000.

"Ini program kali kedua diadakan, dan pada kali ini kira-kira 20 tan metrik bekalan durian terutamanya dari negeri ini, sebagai insiatif Fama membantu petani memasarkan hasil mereka, sekali gus mengelakkan berlakunya masalah lambakan buah durian.

"Selain durian turut dipasarkan pada program ini buah-buahan tempatan lain seperti manggis, rambutan, mangga serta cempedak, selain harga yang ditawarkan juga berpatutan," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     

Jerebu: penduduk Melaka hadkan aktiviti luar

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel