i6bKj8Dh_p0 Dr Mahathir pelawa semua parti Melayu sertai Bersatu
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dr Mahathir pelawa semua parti Melayu sertai Bersatu


Tarikh kemaskini: 05/07/2019





JOHOR BAHRU, 5 Julai (Bernama) -- Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempelawa semua parti politik Melayu termasuk UMNO untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam usaha menyatupadu serta memperkasakan kuasa politik orang Melayu.

Pengerusi Bersatu itu berkata kewujudan semakin banyak parti politik Melayu menyebabkan potensi untuk mereka menang dalam pilihan raya semakin tipis.

“Kalau dahulu, cuma ada satu sahaja parti yang mewakili orang Melayu iaitu UMNO tetapi kerana tamak untuk mendapatkan tempat, maka hari ini orang Melayu berpecah kepada enam (parti).

“Enam, bukan lagi majoriti 60 peratus tetapi setiap parti 10 peratus sahaja,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Bersatu Johor di Dewan Serbaguna Johor Jaya, di sini.

Perdana Menteri juga turut mengingatkan barisan kepimpinan parti supaya menjadikan episod kekalahan UMNO di Johor yang digelar sebagai kubu kuat parti berkenaan sebagai satu pengajaran.

“Yang jelas ialah walau kuat bagaimana sekalipun parti itu kalau ia sudah menyeleweng, ia akan jadi lemah. Inilah pengajaran yang kita dapat dari peristiwa dari Johor ini pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14,” katanya.

Ketika ditanya pemberita selepas ucapan itu sama ada pelawaan beliau akan mendapat tentangan daripada parti komponen Pakatan Harapan (PH), Dr Mahathir berkata: ”Itu masalah dia. Kita tiada kaitan dengan parti-parti lain. Walaupun dalam PH , mereka pun dapat ahli baharu juga.”

Selain itu, beliau turut mengingatkan supaya semua ahli parti setia kepada parti dan perjuangannya dan tidak taksub kepada pemimpin tertentu.

Ketibaan Dr Mahathir pada majlis itu jam 5.05 petang tadi disambut oleh Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan Pengerusi Bersatu Johor, Mazlan Bujang.

Selain dijamu dengan pelbagai juadah Hari Raya, Dr Mahathir turut dipersembahkan dengan tarian zapin daripada Kumpulan Gemalai Tari Majidi dan Kumpulan Kesenian Johor Bahru serra nyanyian daripada artis, Ayai Ilusi.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     

Jerebu: penduduk Melaka hadkan aktiviti luar

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel