Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

26 pelacur ditahan dalam Ops Noda di Bandar Melaka


Tarikh kemaskini: 05/07/2019





MELAKA, 5 Julai (Bernama) -- Seramai 26 pelacur dengan 24 daripadanya warga asing dan dua lagi rakyat tempatan ditahan pihak berkuasa kerana menawarkan khidmat seks dalam serbuan Operasi (Ops) Noda di sekitar Bandar Melaka malam tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Afzanizar Ahmad berkata sebuan tersebut dilakukan di tiga hotel murah sekitar Jalan Munshi Abdullah dan Jalan Kilang Melaka.

“Wanita warga asing ditahan berumur antara 24 hingga 38 tahun terdiri daripada warga Bangladesh, Indonesia dan Thailand.

“Manakala dua warga tempatan dari Sabah yang ditahan pula berumur antara 26-33 tahun,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Afzanizar berkata selain itu, polis turut menahan tujuh penjaga permis warga tempatan, seorang penjaga kaunter warga Bangladesh, dan dua orang pelanggan warga Bangladesh.

Afzanizar berkata kesemua premis menjalankan perniagaan aktiviti pelacuran warga asing dan mensasarkan pelanggan warga asing yang berkerja disekitar bandar Melaka.

Beliau berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 372A dan 372B Kanun Keseksaan (KK) kerana terbabit kegiatan persundalan selain Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (EHDTTH) serta kesalahan-kesalahan imigresen mengikut Seksyen 39b Peraturan Imigresen, Seksyen 55B dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     

Jerebu: penduduk Melaka hadkan aktiviti luar

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel