Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penemuan dadah di lokap, anggota polis ditahan


Tarikh kemaskini: 05/07/2019





JOHOR BAHRU, 5 Julai (Bernama) -- Seorang anggota polis berpangkat koperal sokongan, ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan dadah di kawasan lokap Mahkamah Johor Bahru, tiga hari lepas.

Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata bagaimanapun lelaki berusia 42 tahun yang merupakan Pengawal Pengiring Ibu Pejabat Polis (IPD)  Daerah Seri Alam itu, dibebaskan  dengan jaminan polis setelah tempoh reman selama tiga hari bermula Rabu, tamat hari ini.

“Suspek ditahan untuk membantu siasatan dan kes ini masih lagi dalam siasatan.

“Bagaimanapun dia dilepaskan atas jaminan polis dan kita juga akan memanggilnya bila-bila masa sahaja untuk mendapatkan lagi keterangan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Terdahulu, suspek ditahan di kawasan lokap mahkamah itu, pada pukul 3.30 petang Rabu.

Menurut Mohd Kamaruddin, tangkapan terhadap suspek adalah bagi membantu siasatan susulan penemuan dadah disyaki jenis syabu seberat 148.96 gram, ganja 391.60 gram, heroin 184.85 gram dan pil Erimin 5 seberat 5.68 gram oleh anggota lokap polis Mahkamah Johor Bahru.

Katanya,  hasil ujian saringan air kencing terhadap suspek mendapati suspek negatif dari sebarang jenis dadah.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Sesyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

-- BERNAMA  


 

   

 
 
     
   
 

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     

Jerebu: penduduk Melaka hadkan aktiviti luar

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel