Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Insiden sesak nafas: JAS Johor periksa 182 premis industri setakat ini


Tarikh kemaskini: 05/07/2019





JOHOR BAHRU, 5 Julai (Bernama) -- Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri telah melakukan pemeriksaan  terhadap 182 premis industri di Pasir Gudang setakat ini, susulan insiden sesak nafas dan muntah-muntah di kawasan itu sejak 20 Jun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, JAS juga telah mengenakan tindakan terhadap premis industri berkenaan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

“Antara tindakan yang diambil, sebanyak 10 kompaun dikeluarkan (setakat ini) bagi kesalahan efluen perindustrian, 46 notis arahan, lapan perintah tahan  operasi, selain syor tindakan mahkamah terhadap dua buah kilang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Mohd Khuzzan berkata, setakat semalam, sebanyak 31 pelajar daripada 11 buah sekolah mengalami masalah kesihatan iaitu Sekolah Kebangsaan (SK)  Kota Masai, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Pasir Gudang, SK Senibong, SK Kopok, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)  Desa Jaya, SK Taman Pasir Putih, SK Kota Masai 3, SK Pasir Gudang 4, SMK Dato Penggawa Timur, SMK Pasir Gudang 3 dan SMK Seri Kota Puteri.

“ Bagaimanapun, hanya  21 daripada 31 pelajar terbabit hantar ke klinik kesihatan berhampiran untuk mendapatkan rawatan saringan dan hanya seorang yang dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Menurutnya, sebanyak 18 pasukan “Psychological First Aid” yang dibentuk oleh Kementerian Kesihatan Malaysia juga masih meneruskan perkhidmatan sokongan psikologi di sekolah yang terjejas. 

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     

Jerebu: penduduk Melaka hadkan aktiviti luar

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel