Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MP Pasir Gudang akan berusaha bantu mangsa Sungai Kim Kim


Tarikh kemaskini: 04/07/2019





KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim bercadang mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Negeri Johor berhubung bantuan yang boleh diberikan kepada mangsa yang terlibat dengan pencemaran di Sungai Kim Kim pada Mac lepas.

Beliau berkata bantuan seperti pemberian sumbangan atau wang ihsan akan dapat meringankan beban yang terpaksa ditanggung mangsa dan keluarga.

Memberi contoh kesengsaraan yang dihadapi adik Irfan Wafiy Idham Wazir, 12, yang disah positif Myokymia, dipercayai setelah terdedah dengan pencemaran toksik Sungai Kim-Kim.

Penyakit berkenaan menyebabkan otot anggota badan menggeletar dan dalam kes Wafiy dilaporkan ia mempunyai kaitan dengan pencemaran toksik berkenaan. Bagaimanapun, Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye hari ini berkata pemeriksaan lanjut akan dilakukan terhadap Wafiy bagi mengenalpasti punca sebenar penyakit. 

"Saya sebagai Ahli Parlimen Pasir Gudang akan duduk dengan pihak Kerajaan Negeri Johor kerana ini kes 'anak buah' saya. Saya akan highlight dan perjuangkannya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Pada awal Mac lepas, hampir 6,000 penduduk terjejas akibat pencemaran udara akibat pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.

Pencemaran itu turut mengakibatkan 111 buah sekolah ditutup sementara.

-- BERNAMA  


 

   

 
 
     
   
 

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     

Jerebu: penduduk Melaka hadkan aktiviti luar

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel