Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelaki bela anak babi hutan di rumah


Tarikh kemaskini: 04/07/2019





JOHOR BAHRU, 4 Julai (Bernama) -- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) merampas seekor anak babi hutan yang dipelihara oleh seorang lelaki berusia 58 tahun di rumahnya di Taman Nusantara, dekat Gelang Patah, semalam.

Pengarah Perhilitan Johor, Salman Saaban berkata, pihaknya haiwan itu dirampas dalam operasi pada jam 4.40 petang selepas menerima aduan orang ramai mengenai tindakan permilik rumah tersebut yang memelihara haiwan itu di kawasan kediaman mereka. 

"Siasatan awal mendapati anak babi tersebut telah dipelihara sejak lapan bulan yang lalu sebagai haiwan kesayangan lelaki berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Salman, siasatan dijalankan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) kerana kesalahan menyimpan spesies hidupan liar tanpa lesen yang sah daripada Jabatan Perhilitan. 

Jika sabit kesalahan, katanya, lelaki berkenaan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali. 

Beliau turut menasihati orang ramai yang berminat menyimpan hidupan liar sebagai haiwan peliharaan agar memohon lesen dan menyimpan spesies bersesuaian.

Memelihara babi hutan sebagai haiwan kesayangan adalah tidak sesuai kerana boleh mengancam keselamatan pemilik serta orang ramai jika ia terlepas serta boleh mengganggu keselesaan jiran-jiran berhampiran, katanya.

-- BERNAMA  


 

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel