Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bank Islam sampaikan sumbangan dan zakat RM46,450 kepada Rumah Teduh Kangar


Tarikh kemaskini: 04/07/2019




KANGAR, 4 Julai (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) hari ini menyampaikan sumbangan dan zakat berjumlah RM46,450 kepada Pertubuhan Kebajikan dan Amal Rumah Teduh Kangar bersempena program AMAL Ihtimam Syawal.

Program AMAL Ihtimam merupakan tanggungjawab sosial bank itu dalam siri jelajahnya yang terakhir pada bulan Syawal.

Sebelum di Kangar program itu berlangsung di Taman Tema Legoland, Nusajaya, Johor (Wilayah Selatan), Persatuan Nelayan Kawasan Setiu, Terengganu (wilayah Pantai Timur) untuk anak-anak nelayan manakala bagi wilayah Sarawak membabitkan Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Nur Murni dan Rumah Kanak Toh Puan Norkiah diadakan di Kuching.

Pengurus Besar Kanan, Undang-Undang dan Kesetiausahaan Bank Islam, Maria Mat Said berkata anak-anak penghuni rumah teduh itu turut diraikan termasuk 43 orang diberi duit raya sebanyak RM150 seorang.

Terdahulu, Maria menyampaikan sumbangan dan zakat kepada pengasas rumah teduh itu, Harisun Abdul Rahman).

Beliau berkata seramai 25 pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bersama-sama 50 kakitangan Bank Islam melaksanakan program gotong-royong AMAL seperti mengecat dan menceriakan Rumah Teduh tersebut.

"BIMB juga menyampaikan sumbangan keperluan asas serta barangan elektrik seperti ketuhar gas dan tilam untuk kegunaan penghuni rumah itu,” kata Maria.

Katanya BIMB membelanjakan sebanyak RM194,250 melalui dana dan AMAL bank untuk melaksanakan program itu yang memberi manfaat kepada 400 penerima di Terengganu, Johor, Perlis dan Sarawak.

Pertubuhan Kebajikan dan Amal Rumah Teduh ditubuhkan secara rasmi pada 2010 dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Raja Perlis mahu pendakwah saudara baharu sentiasa lengkapkan ilmu

 
     

Profesionalisme pakar patologi negara diyakini

 
     

Polis akan panggil penganjur perhimpunan anti-Lynas

 
     

Bacaan IPU di Sri Aman kekal 'sangat tidak sihat'

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel