Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penyelidik UTeM ketuai kajian fenomena kilat di Antartika


Tarikh kemaskini: 04/07/2019





MELAKA, 4 Julai (Bernama) -- Penyelidik dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mencipta sejarah mengharumkan nama negara apabila dipilih mengetuai kajian sainstifik fenomena kilat di Semenanjung  Antartika.

Pensyarah Kanan dari Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer (FKEKK), Dr Mohd Riduan Ahmad telah dianugerahkan Skim Fellowship Sains Polar Asia 2019 iaitu tajaan Institut Penyelidikan Polar Korea (KOPRI) di bawah naungan kerajaan Korea Selatan.

“Dr. Riduan akan bekerjasama dengan Saintis Penyelidikan KOPRI iaitu Dr. Sang-jong Park bagi mendapatkan satu penemuan baru berkaitan jenis-jenis kilat yang berlaku di Semenanjung Antartika (Kutub Selatan) berkenaan.

“Penemuan baru ini dapat memberikan panduan yang dinantikan oleh kumpulan saintis dunia bagi merungkai permasalahan tentang senario pemanasan global dan perubahan iklim yang sedang dihadapi di planet bumi,” kata UTeM menerusi satu kenyataan hari ini.

Program saintifik bertempat di Ibu Pejabat KOPRI di Incheon Korea Selatan akan bermula pada 6 Julai  dan mengambil masa selama tiga minggu dan dijangka tamat pada 28 Julai 2019 bagi fasa pertama.

Menurut kenyataan itu, program berikutnya antara bulan Januari dan Februari 2020 pula akan dijalankan program kembara dan eksperimen di Stesen King Sejong di Semenanjung Antartika selama dua bulan.

“Pada fasa ini, kajian lanjut akan dimulakan menerusi bantuan alat pengukur kilat bagi mengukur medan elektromagnetik kilat yang dapat dikesan dalam radius 300 kilometer dari Stesen King Sejong,” katanya.

Sementara itu, Naib Canselor UTeM Profesor Dr Raha Abdul Rahim berharap penyelidikan ini mencapai kejayaan yang diharapkan kerana ia bakal memberi impak besar kepada dunia.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     

Jerebu: penduduk Melaka hadkan aktiviti luar

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel