Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sebahagian warisan Bukit Mertajam musnah dalam kebakaran tokong tertua


Tarikh kemaskini: 04/07/2019





BUKIT MERTAJAM, 4 Julai (Bernama) -- Kebakaran di Tokong Hock Teik Cheng Sin di sini malam tadi bukan sahaja memusnahkan sebuah rumah ibadat semata-mata, malah ia melenyapkan pelbagai monumen warisan peninggalan sejarah yang menjadi kebanggaan penduduk tempatan.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong berkata tokong berusia 130 tahun yang terletak di Jalan Pasar itu merupakan antara bangunan yang tertua di Pulau Pinang, dan ia perlu dibaik pulih segera kerana bangunan itu menyimpan kesan-kesan sejarah titik permulaan perkembangan bandar Bukit Mertajam.

"Bahagian dalaman tokong itu terbakar, dan banyak peninggalan budaya berharga yang musnah dalam kebakaran, orang Bukit Mertajam berkabung semalam kerana kehilangan pelbagai monumen budaya dan warisan kampung halaman kami.

"Saya yakin kita akan dapat membaik pulih semula tokong itu, dan pihak Kerajaan Persekutuan akan membantu serta memberi kerjasama penuh," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di tokong itu hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Belia Dan Sukan turut merayu kepada orang ramai untuk menyumbang bagi membantu membaiki pulih semula tokong itu yang diuruskan oleh Persatuan Hock Teik Cheng Sin.

Kebakaran pada kira-kira pukul 8.30 malam semalam mengakibatkan kira-kira 50 peratus daripada bahagian stor tokong yang didirikan pada tahun 1886 yang menjadi tumpuan ramai itu musnah, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sementara itu Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Saadon Mokhtar ketika dihubungi berkata punca kebakaran masih dalam siasatan dan pasukan unit forensik masih menjalankan pemeriksaan terperinci bagi mengenalpasti punca kejadian.

"Selain itu, kami turut mendapat bantuan Unit anjing pengesan (K9) dari ibu pejabat JBPM bagi membuat pemeriksaan terperinci di tokong berkenaanp," katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     

Sultan Nazrin rasmi klinik kesihatan Simpang

 
     

Dua warga emas lari lebih 500km sempena Hari Kebangsaan ke-62

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel