wJ1yZ9xgryc Empat lelaki mengaku salah rogol pelajar tingkatan 3
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Empat lelaki mengaku salah rogol pelajar tingkatan 3


Tarikh kemaskini: 04/07/2019





KUALA TERENGGANU, 4 Julai (Bernama) -- Empat lelaki  mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah kampung di Bandar Permaisuri di sini, bulan lalu.

Tertuduh Muhammad Amirul Arif Baharom, 20; Mohd Fakhruddin Anuar, 24; Mohd Shah Firdaus Hassan, 21; dan Muhammad Hairi Mustapha, 23, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka di hadapan Hakim Wan Azimah Yaacob.

Mengikut kertas pertuduhan, Muhammad Amirul Arif, Mohd Fakhruddin dan Mohd Shah Firdaus didakwa merogol mangsa berusia 15 tahun antara 7 pagi hingga 11 malam pada 22 Jun lepas.

Muhammad Amirul Arif juga menghadapi pertuduhan kedua merogol mangsa yang sama di lokasi sama pada jam 8 pagi pada 27 Jun lepas.

Kesemua mereka dituduh mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan disebat jika sabit kesalahan.

Muhammad Hairi pula dituduh melakukan satu amang seksual fizikal terhadap mangsa di lokasi yang sama antara jam 7 pagi hingga 11 malam pada 22 Jun lepas.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Zulfazliah Mahmud menjalankan pendakwaan manakala semua tertuduh diwakili peguam bela Muhamad Ramlan Taib.

Hakim membenarkan semua tertuduh diikat jamin RM7,000 seorang dan menetapkan 18 Ogos depan untuk sebutan semula kes untuk fakta dan keputusan..

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel