Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

BAKAJ bakal jalankan kajian air bawah tanah tahun hadapan


Tarikh kemaskini: 04/07/2019





ISKANDAR PUTERI, 4 Julai (Bernama) -- Kerajaan Negeri Johor melalui Badan Kawal Selia Air Johor (BAKAJ) mempunyai perancangan untuk menjalankan kajian air bawah tanah pada tahun depan sebagai alternatif kepada sumber air sekiranya berlaku pencemaran atau kemerosotan paras air sungai.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti Johor, Jimmy Puah Wee Tse berkata kajian itu bagaimanapun akan dijalankan secara berfasa setelah mengambil kira kos yang tinggi. 

“Kajian akan dijalankan secara berfasa di kawasan yang kritikal seperti Iskandar Malaysia, bermula tahun hadapan,” katanya dalam ucapan penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Puah berkata pada masa ini, Malaysia hanya menggunakan kira-kira tiga peratus sumber air bawah tanah dan kebiasaan penggunaannya di Johor adalah  untuk sektor industri, penternakan dan pertanian yang dijalankan oleh premis persendirian.

-- BERNAMA   


 

   

 
 
     
   
 

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     

Jerebu: penduduk Melaka hadkan aktiviti luar

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel