Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

APMM tahan dua bot bersama sembilan nelayan di Kuala Kedah


Tarikh kemaskini: 04/07/2019





ALOR SETAR, 4 Julai (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuala Kedah menahan dua bot pukat tunda kelas C serta sembilan nelayan kerana melanggar syarat sah lesen operasi di perairan Kuala Kedah, pagi ini.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata kedua-dua bot bersama sembilan nelayan itu yang berumur 25 hingga 50 tahun ditahan pada kedudukan 10.5 dan 12 batu nautika barat daya Kuala Kedah.

“Bot pertama ditahan pada pukul 3.58 pagi semasa anggota APMM sedang membuat rondaan di kawasan berkenaan dan seorang tekong tempatan bersama tiga awak-awak warga Thailand dan seorang warga Myanmar telah ditahan.

“Tangkapan kedua pula membabitkan sebuah bot bersama seorang tekong dan tiga awak-awak warga Thailand yang ditahan pada pukul 5.03 pagi,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, kedua-dua bot yang dianggarkan bernilai RM1 juta bersama 2,000 kilogram hasil tangkapan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985.

Dalam pada itu, Mahmad Faizal turut meminta orang ramai dan komuniti nelayan untuk melaporkan sebarang aktiviti menyalahi undang-undang maritim yang berlaku di perairan negara dengan menghubungi talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     

Sultan Nazrin rasmi klinik kesihatan Simpang

 
     

Dua warga emas lari lebih 500km sempena Hari Kebangsaan ke-62

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel