tUI-tcWe3Pw Little Hajj 2019 bantu 11,457 pelajar rasai pengalaman ‘Naik Haji’
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Little Hajj 2019 bantu 11,457 pelajar rasai pengalaman ‘Naik Haji’


Tarikh kemaskini: 04/07/2019





SERDANG, 4 Julai (Bernama) -- Seramai 11,457 murid berusia enam tahun merasai sendiri pengalaman menunaikan ibadah haji menerusi Program Simulasi Manasik Haji yang dijalankan secara serentak di seluruh negara hari ini.

Dikenali sebagai Little Hajj 2019, program simulasi yang pernah direkodkan dalam Malaysia Books of Record pada tahun 2017 ini merupakan penganjuran kali keempat oleh Little Caliphs International Sdn Bhd (LCISB).

Seramai 6,211 murid-murid Tadika Little Caliphs dari zon tengah (Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya) menjalani simulasi haji di Malaysia Agro Exposition Park (MAEPS) di sini, serentak dengan murid-murid dari bahagian utara, Melaka dan Negeri Sembilan, Perak, Terengganu, Kelantan, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak.

Simulasi di MAEPS yang melibatkan 692 orang guru yang bertugas sebagai mutawwif dan 160 orang pengusaha mewakili 410 buah tadika seluruh Malaysia, dirasmikan oleh isteri Menteri Besar Selangor, Masdiana Muhammad.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LCISB, Roslan Nordin objektif utama Little Hajj adalah untuk memperkasa syiar Ibadah Fardhu Haji dengan praktikal yang jelas kepada murid-murid menerusi kaedah pembelajaran secara simulasi dan pendekatan metadologi Project Based Learning hands-on The Little Caliphs Programme.

“Meskipun ia hanya simulasi haji, namun para peserta turut memakai ihram, berwukuf di Arafah, tawaf sekeliling replika binaan Kaabah, sa’ie berlari anak antara Safa dan Marwah, mengutip batu, melontar ketiga-tiga jamrah dan bergunting (tahallul),” jelas beliau.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel