Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

APMM tahan 27 PATI cuba masuk negara, di Pengerang


Tarikh kemaskini: 04/07/2019





KOTA TINGGI, 4 Julai (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menahan 27 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Indonesia, ketika mereka cuba memasuki perairan negara secara tidak sah di Tanjung Ayam, dekat Pengerang, malam semalam.

Pengarah APMM Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS) Kapten Maritim Mohd Zulfadli Nayan berkata pihaknya berjaya menahan sebuah bot pancung yang sarat dengan 27 penumpang, terdiri daripada 20 lelaki dan tujuh wanita, berusia antara 26 hingga 63 tahun.

"Setelah hampir setengah jam mengejar bot berkenaan, kami berjaya menahan bot berkenaan di kedudukan 4.2 batu nautika tenggara Tanjung Ayam, dekat Pengerang.

"Hasil pemeriksaan, kesemua mereka termasuk tekong bot, gagal menunjukkan sebarang dokumen yang sah," katanya kepada pemberita di Pejabat APMM, Tanjung Sedili, di sini hari ini.

Kesemua mereka disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63, serta Akta Pemerdagangan Manusia dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 iaitu cuba keluar dan masuk Malaysia melalui pintu yang tidak diwartakan, serta menjalankan aktiviti penyeludupan migran.

Jika didapati bersalah, suspek  boleh didenda tidak melebihi RM200,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-kedua sekali.

Tambahnya, tangkapan itu merupakan yang ketujuh untuk tahun ini, menjadikan keseluruhan PATI warga Indonesia yang berjaya ditahan ZMTS dari Januari hingga kini berjumlah 250 orang.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kedah perkasa kedudukan dalam industri kertas teknologi hijau

 
     

Wabak coronavirus tidak jejas tahun melawat Johor -- Exco pelancongan

 
     

Ibu tunggal didakwa bunuh anak sendiri

 
     

Tiada rancangan laksanakan kajian mansuh butiran agama pada kad pengenalan - KDN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel