Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

AADK hasrat perluas 'Jom Hijau' di seluruh negara


Tarikh kemaskini: 04/07/2019





JASIN, 4 Julai (Bernama) -- Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) berhasrat untuk memperluaskan program 'Jom Hijau' (Go Green)  ke seluruh negara bagi memastikan amalan dan aplikasi teknologi hijau dalam kalangan warganya dapat dijalankan secara lebih komprehensif dan sistematik.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Datuk Izhar Abu Talib berkata inisiatif program itu bertujuan menggalakkan warga AADK melibatkan diri secara langsung dengan persekitaran dan melindunginya secara aktif selain membentuk sikap positif.

Beliau berkata pelaksanaan program itu antara lain turut memberi nilai tambah kepada 62,000 Orang Kena Pengawasan (OKP) di seluruh negara sebagai medium terapi pemulihan dengan memupuk gaya hidup hijau.

"Setakat ini, Melaka merupakan antara negeri terawal yang memulakan program berkenaan, melibatkan seramai 1,000 OKP di seluruh negeri selain Terengganu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program 'Jom Hijau' peringkat AADK Melaka di sini hari ini, yang turut dihadir Pengarah AADK Melaka, Nazir Mohamad.

"Selain program keagamaan, vokasional, kemasyarakatan atau pun psikososial, 'elemen hijau' ini dijalankan bagi meningkatkan tahap kesihatan OKP terbabit dengan persekitaran dan udara yang bersih (ketika sedang menjalani rawatan)," tambahnya.

Pelan Tindakan Jom Hijau AADK 2019-2021 dilancarkan oleh Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 30 April lepas bersempena Simposium Sains Penagihan Dadah Kebangsaan 2019.

Sementara itu, Nazir berkata AADK Melaka telah menubuhkan Jawatankuasa Penaja Pemulihan Dadah bagi memperkasa program pemulihan dan pencegahan di peringkat komuniti.

"Peranan jawatankuasa ini adalah bagi melibatkan penyertaan masyarakat dalam usaha membantu golongan penagih dan bekas penagih agar menjauhi najis itu selain mengintegrasikan mereka untuk hidup 'bermasyarakat' dengan membantu pihak AADK mengawasi, menyelia, memberi bimbingan dan peluang pekerjaan," katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel