Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

UniMAP terima geran penyelidikan industri lebih RM13 juta


Tarikh kemaskini: 04/07/2019





ALOR SETAR, 4 Julai (Bernama) -- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menerima geran penyelidikan berjumlah lebih RM13 juta membabitkan 60 projek berimpak tinggi yang terdiri daripada tiga kategori.

Naib Canselor UniMAP Prof Ir Dr R. Badlishah Ahmad berkata tiga kateogri itu ialah geran terus daripada industri, ‘Collaborative Research in Engineering, Science & Technology (CREST)’ dan Jaringan Penyelidikan Awam-Swasta (PPRN).

“Baru-baru ini juga, UniMAP turut menerima dua geran penyelidikan berjumlah RM206,500 melalui Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) bagi Fasa 1/2019 Dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan.

“Geran tersebut diterima melalui dua penyelidik iaitu Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Sistem Elektrik, Ir Tunku Muhammad Nizar Tunku Mansur dan Pensyarah Kanan PPK Mekatronik, Ir Dr Nasrul Amri Mohd Amin,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Dalam pada itu, R. Badlishah berkata Fakulti Teknologi Kejuruteraan, UniMAP telah menandatangani Surat Hasrat (LoI) bersama dua pemain industri iaitu Budi Prosma Sdn Bhd dan GPIBS Bhd pada satu majlis yang diadakan di Kulim, semalam.

“Kedua-dua syarikat ini adalah berkaitan sivil yang memberi fokus kepada teknologi Industrial Building System (IBS) dan kerjasama ini sebagai satu daripada inisiatif universiti bagi memperkasakan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di UniMAP,” katanya.

Katanya, UniMAP sentiasa membuka ruang kepada pihak industri untuk menjalinkan kerjasama strategik dengan universiti tidak kira dalam platform apa sekalipun termasuk geran penyelidikan industri.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Aloysious Jounoh usahawan roti tempatan di Tuaran

 
     

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel