Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Qatar Airways terbang ke Langkawi mulai 15 Okt


Tarikh kemaskini: 04/07/2019





LANGKAWI, 4 Julai (Bernama) -- Qatar Airways akan memulakan penerbangannya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad, Doha ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi mulai 15 Okt ini, kata Pengurus Negara Malaysia dan Brunei Qatar Airways, Datuk Muzammil Mohamad.

Beliau berkata, empat penerbangan seminggu akan dilakukan mulai tarikh itu iaitu pada Selasa, Khamis, Sabtu dan Ahad.

Mulai 27 Okt pula, satu lagi perjalanan akan ditambah iaitu pada Jumaat menjadikan jumlah keseluruhan lima penerbangan seminggu dari Doha ke Langkawi.

"Qatar Airways akan memulakan penerbangan dari Doha ke Langkawi mulai Oktober hadapan menggunakan pesawat Boeing 787 Dreamliner yang boleh membawa lebih 250 penumpang. Penerbangan ini akan terbang terus dari Doha melalui Pulau Pinang ke Langkawi

"Pesawat Qatar Airways ini akan berlepas dari Doha pada 2.00 pagi waktu tempatan dan akan tiba di Langkawi 5.05 petang, pesawat itu akan berlepas pulang dari Langkawi pukul 7.00 malam," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Yang turut hadir Naib Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cawangan Kedah/Perlis, Razmi Rahmat, Presiden Pertubuhan Industri Pelancongan Langkawi Ahmad Pishol Ishak dan Timbalan Presiden Persatuan Perniagaan Langkawi (Niagakawi) Datuk Alexander Isaac.

Muzammil berkata promosi mengenai laluan terbaharu itu sudah giat dilakukan sejak April dan menunjukkan sambutan yang amat memberangsangkan.

"Jualan sudah bermula sejak April lepas, Alhamdulilllah kita dapat lihat permintaan dan tempahan penerbangan ke Langkawi amat memberangsangkan. Lebih menarik kita dapat lihat permintaan daripada negara-negara yang berkemungkinan besar tidak pernah datang ke pulau ini. 

"Qatar Airways terbang ke lebih 160 destinasi di seluruh dunia, apabila Langkawi sudah berada dalam laluan penerbangan syarikat ini lebih ramai pelancong dari pelbagai negara boleh nampak seterusnya datang. Perjalanan juga lebih mudah, pelancong tidak perlu lagi ke Kuala Lumpur dan tidak perlu tukar pesawat sebaliknya hanya sekali tukar di Doha dan terus terbang ke Langkawi," katanya.

Mengenai sesi taklimat bersama 60 penggiat sektor pelancongan Langkawi semalam, Muzammil berkata pihaknya menerima maklum balas yang sangat baik.

“Qatar Airways berharap dapat bawa lebih ramai pelancong dari luar negara ke Langkawi kerana kita terbang ke lebih 160 destinasi seluruh dunia,

“Langkawi sebuah pulau yang sangat cantik, banyak aktiviti boleh dibuat di sini. Menjadi harapan Qatar Airways lebih ramai pelancong dapat nikmati keindahan pulau ini,” katanya.

-- BERNAMA  


 

   

 
 
     
   
 

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     

Sultan Nazrin rasmi klinik kesihatan Simpang

 
     

Dua warga emas lari lebih 500km sempena Hari Kebangsaan ke-62

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel