Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis tumpas sindiket pecah rumah, curi kenderaan


Tarikh kemaskini: 04/07/2019





KULIM, 4 Julai (Bernama) -- Polis menumpaskan satu sindiket mencuri kenderaan dan pecah rumah yang aktif di beberapa negeri sehingga menyebabkan kerugian kira-kira RM240,000, selepas menahan tiga ahli Geng ‘Che Mei’ dalam dua serbuan berasingan di Sungai Petani, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Kulim, Supt Mohd Yusuf Shaari berkata ketiga-tiga suspek berkenaan berusia antara 28 hingga 35 tahun dipercayai terlibat mencuri empat kereta dan motosikal di negeri ini, Pulau Pinang dan Pahang.

“Sepasukan pegawai dan anggota polis telah membuat intipan dan pemantauan di hadapan satu restoran nasi kandar di Sungai Petani selama 15 minit dan berjaya merampas sebuah kereta yang dilaporkan hilang dan menahan dua suspek.

“Hasil soal siasat terhadap dua suspek tersebut, polis berjaya menahan seorang lagi lelaki di sebuah rumah di kawasan berdekatan, sekali gus polis berjaya menumpaskan sindiket itu dalam tempoh 24 jam,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim di sini, hari ini.

Katanya, modus operandi kumpulan itu adalah memecah masuk rumah-rumah mangsa yang telah dikenal pasti seterusnya mengambil kunci kenderaan dan melarikannya.

Mohd Yusuf berkata, susulan penahanan itu polis juga berjaya menyelesaikan lima kes pecah rumah dan curi kenderaan yang dilaporkan di daerah ini.

Katanya, ketiga-tiga suspek disiasat di bawah Seksyen 457 dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana menceroboh rumah dan mencuri kenderaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun dan sebatan.

Dalam perkembangan lain, Mohd Yusuf berkata polis telah menahan tiga individu pada Isnin lepas yang dipercayai terlibat mencuri komponen pengokot (stapler) dari sebuah kilang, di sini membabitkan kerugian RM20,000.

Katanya, salah seorang suspek yang berusia 72 tahun, bekerja sebagai pengawal keselamatan di kilang terbabit melakukan jenayah itu bersama dua lagi suspek yang juga rakannya, masing-masing berusia 32 dan 72 tahun.

“Dua daripada suspek turut mempunyai rekod jenayah lampau dan kesemua mereka ditahan reman empat hari dan akan disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan juga boleh dikenakan denda,” katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Aloysious Jounoh usahawan roti tempatan di Tuaran

 
     

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel