Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Operasi LTAM berjalan seperti biasa


Tarikh kemaskini: 04/07/2019





MELAKA, 4 Julai (Bernama) -- Operasi dan semua penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) beroperasi seperti biasa kecuali laluan AirAsia Pulau Pinang-Melaka yang diberhentikan sementara disebabkan oleh masalah teknikal pada alat pandu arah navigasi.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab berkata pihak yang berwajib akan memastikan sistem yang mengalami kerosakan ini akan dibaiki dalam masa terdekat.

 “Selepas sahaja masalah teknikal dibaiki operasi akan kembali seperti biasa dan ia tidak menjejaskan jadual penerbangan syarikat penerbangan lain yang mengguna LTAM,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Beliau berharap sistem peralatan yang mengalami masalah itu akan dibaiki segera supaya penerbangan dapat dijalankan seperti biasa.

“Kepada penumpang yang menggunakan syarikat penerbangan selain AirAsia tidak perlu khuatir kerana penerbangan mereka masih beroperasi seperti biasa,” katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel