Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penerbangan sulung Air Arabia ke Malaysia


Tarikh kemaskini: 04/07/2019





SEPANG, 3 Julai (Bernama) -- Menteri Pelancongan, Seni dan  Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi sendiri menyambut penumpang dalam penerbangan sulung Air Arabia setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dari Sharjah hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Muadz Samat berkata penerbangan terus ke Kuala Lumpur itu adalah hasil lawatan rasmi menteri berkenaan ke Dubai semasa Arabian Travel Mart yang berlangsung pada April tahun ini.

Pada majlis itu, perjanjian kempen taktikal bersama telah ditandatangani antara Tourism Malaysia, Malaysia Airports dan Air Arabia untuk meningkatkan pelancongan antara Malaysia dan negara-negara di Asia Barat.

"Air Arabia, pesawat tambang murah pertama dan terbesar Timur Tengah dan Afrika Utara, akan membantu meningkatkan trafik pelancongan dari Sharjah, serta dari Iraq, Mesir dan negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Penerbangan terus itu, yang bermula dari 1 Julai, menggunkan pesawat Airbus A321 Long Range yang baharu.

Pesawat tersebut boleh mempunyai kapasiti membawa 215 penumpang setiap penerbangan sehari yang mengambil masa tujuh jam.

Tourism Malaysia berusaha menarik lebih banyak pelancong dari Asia Barat ke negara ini untuk mencapai sasaran pelancongannya bagi 2019.

Tahun lepas, Malaysia mencatatkan RM3.1 bilion hasil ketibaan pelancong dari Asia Barat, pertumbuhan sebanyak 32.9% berbanding tahun sebelumnya.

Sehingga Mac 2019, ketibaan pelancong dari negara Asia Barat ke Malaysia mencatatkan sejumlah 65,202.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel